Wednesday, June 17, 2009











BANK ANDA




(CAWANGAN MARANG)


Pembiayaan Peribadi

Tak cukup duit?? Nak tunai ???



Kadar serendah 4.90%








Kenapa kami jadi pilihan ANDA???




  • Kelulusan segera


  • Tanpa Penjamin


  • Cepat, Mudah, Mesra & Selesai

Kelayakan Pemohon :

  • Gaji Minimun : RM 700 (Kakitangan Kerajaan)

  • Gaji Minimun : RM 1500 (Kakitangan Swasta)
  • Tempoh Maksima : 15 Tahun

  • Jaminan : Kerajaan ( Berkhidmat lebih 6 bulan) TANPA PENJAMIN

  • Umur : 18 hingga 58 tahun


Sila sertakan dan bawa dokumen asal pemohon

  • 2 Salinan kad pengenalan

  • Slip gaji 2 bulan terkini ( 2 salinan setiap satu)
  • Dokumen salinan MESTILAH disahkan oleh majikan( Berserta nama dari jawatan diunit gaji



SILA HUBUNGI


PN. HAIDA 011 9566666


EN. FUAD 0199550224











MENJANA GENERASI TANPA DADAH


Misi generasi tanpa dadah ialah untuk memastikan golongan remaja serta belia yang ada hari ini bebas daripada dadah kerana golongan ini teras kepada masyarakat sama ada sebagai pemimpin, polis, tentera dan sebagainya.


Peranan semua pihak sangat penting. Program-program pencegahan yang dilaksanakan kerajaan tidak berjaya sepenuhnya jika tidak disokong oleh individu, ibu bapa, guru-guru, masyarakat, media dan sebagainya.


  • Peranan individu iaitu perlu mengetahui mengenai bahayanya dadah apa sekali pun.

  • Peranan ibubapa, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak supaya tidah terlibat dengan penyalah gunaan dadah.


  • Peranan guru, mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah


  • Peranan masyarakat, tokoh agama sentiasa mencari jalan supaya anggota masyarakat berganding bahu untuk bersama membasmi dadah



  • Peranan majikan, sekurang kurangnya mengadakan pemeriksaan air kencing sebulan sekali terhadap pekerja-pekerja bagi memastikan tempat kerja bebas dari dadah







  • Peranan Pekerja, memberi kerjasama kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian air kencing supaya tidak terlibat dengan dadah


  • Peranan pelajar, menguatkan diri mereka untuk tidak terlibat diri mereka dengan dadah
"


" Katakan tidak pada dadah...belia benci dadah"





  • Peranan Media, menyebarkan pelbagai maklumat mengenai dadah memandangkan media massa merupakan alat yang mudah didapati pelbagai lapisan masyarakat





Oleh itu Agensi Anti Dadah Kebangsaan sedia bekerjasama dalam semua aspek sama- sama mewujudkan " GENERASI MALAYSIA BEBAS DADAH MENJELANG 2015 " . Usaha memulih penagih dadah, cuma berjaya jika penagih mempunyai semangat yang cekal dan tabah.....


"BERSAMA MEMERANGI DADAH"

TERENGGANU DIHATIKU











Terengganu merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang boleh dibanggakan dengan keindahan pantai, pulau-pulau, hutan tropika, pekampungan nelayan, air terjun dan pelbagai tarikan lain. Pantainya meliputi kawasan sejauh 225 kilometer dari Besut hingga ke Kemaman.








Pulau-pulau indah adalah antara yang terbaik dinegeri ini. Antara aktiviti masa lapang termasuklah mencetak batik dan menenun songket yang diwarisi sejak zaman berzaman dan telah menjadikan Terengganu sebuah negeri yang kaya dengan hasil kraftangan.





Penduduknya hampir 1 juta orang yang terdiri daripada 90% kaum Melayu dan selebihnya kaum Cina dan kaum India. Walaupun Terengganu telah mengalami pembangunan yang pesat namun nilai-nilai budaya hidup yang murni masih lagi terpelihara.



Selain aspek alam semulajadi, keindahan Terengganu lahir dari kemesraan penduduknya cantik dan bersopan santun, murah hati dan saling bantu membantu. Rakyat Terengganu menjalani kehidupan yang sederhana dan aman damai, yang mana agama, tradisi dan budaya masih menjadi asas terhadap aktiviti seharian. Disamping itu mereka dikurnia dengan kemahiran membina bot dan kesenian membuat kraftangan.














Aktiviti ekonomi utama penduduk Terengganu ialah menangkap ikan. Kegiatan mencarigali minyak diluar pantai Terengganu pula membantu memperkukuhkan ekonomi negeri ini.











Terengganu merupakan surga membeli belah kepada mereka yang inginkan cendehati dengan harga yang perpatutan, berpeluang untuk membeli batik, songket, tembaga boleh didapati di sini




Terdapat pelbagai jenis penginapan dari hotel bertaraf mewah hingga sederhana tersedia di Terengganu...




'Selamat Datang Ke Terengganu"